Cinta kepada Allah akan lahir bagi orang yang sudah cukup mengenal Allah. Kerana cinta lahir mempunyai sebab. Jika wanita mencintai lelaki kerana kekayaan,kebaikan,ketampanan dan sebagainya dan lelaki mencintai wanita kerana cantik,baik,lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa cinta kepada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa,suami,isteri,sahabat dekat dan sesiapa sahaja yang mengasihi dan mencintai kita hakikatnya semua itu dari Allah. Kebaikan,kemewahan dan cinta yang diberikan itu pun atas rahmat dan belas kasih dari Allah [pada kita. Sehingga Allah mengizinkan makhluk-Nya yang lain mencintai kita. Padahal Allah boleh meminta kembali rasa itu dari hati orang-orang tadi jika Allah mahu.
No comments:
Post a Comment